Monday, November 16, 2009
Monday, November 2, 2009
Tuesday, September 15, 2009
Sunday, September 6, 2009
Sunday, August 16, 2009
Wednesday, August 12, 2009
Monday, August 10, 2009
NeOn-nEoN kUaLA LuMPuR
Sempat aku merakam kilauan neon-neon Kuala Lumpur diwaktu hampir melepasi jam 12 tgh malam di dataran Angkasapuri. Hari ini aku kelewatan pulang dari kerja lagi (seperti hari2 sebelumnya). Nguapan aku hampir ke -2o kali, mataku seakan separuh terbuka dan tertutup menyaksikan kehebatan alam ciptaanNya.
| What do You Think?: |
Jualan Seni, PAVILION (Day 1)
Pada 4 Julai 09 yang lalu, aku berkesempatan untuk turut serta dalam Pameran dan Julan hasil seni sempena Karnival Jualan Mega 2009 di Pavilion, KL. Pameran dan jualan yang bertemakan "OASIS MEMBELI BELAH ANDA" ini telah diadakan bermula 4 Julai hingga 31 Ogos (setiap Sabtu & Ahad dari jam 10.00pagi hingga 6.00petang).
| What do You Think?: |
Saturday, July 18, 2009
Open Show 2009, Galeri Shah Alam
Walaupun agak lewat tiba. Aku berkesempatan juga singgah ke Perasmian Pameran Terbuka Galeri Shah Alam . Pameran ini telah telah dirasmikan pada 16 Julai yang lalu. Dpt la lihat work 'Man With Mask' aku di gantung di pameran ni.
| What do You Think?: |
Sunday, July 12, 2009
Monday, June 29, 2009
Saturday, June 27, 2009
Monday, June 15, 2009
Sunday, June 7, 2009
Tuesday, May 5, 2009
Wednesday, April 22, 2009
Sunday, April 12, 2009
Semasa menyertai show di Pameran IMCAS, Johor





Sabtu 28 Mac 09, Sempat gak aku gi ke Perasmian IMCAS, Johor. Ditemani kengkawan, ada gak peneman aku kat sana selam 3 hari ni. Antara work aku yang dipamerkan, seperti gambar di atas. Work Bard pun masuk (Monalisa). Hanep begitu teruja melihat work aku dan terus kekejangan sambil muih-buih cinta meluap-luar keluar dari lubang hidungnya.
| What do You Think?: |
Saturday, February 28, 2009
Lakaran awal (proses)
Menyiapkan lakaran2 awal painting yang kesuntukan masa.
x sempat siap. nantila aku sambung kalo ada masa. bulan ni, sibuk ngan tugasan kat opis plak...
| What do You Think?: |
Friday, February 27, 2009
Wednesday, February 25, 2009
Studio
Ketika kedinginan pagi masih muda, tanpa ada layaran imiginasi di khayalanku. Hanya garisan tebal-nipis yang berlegar-legar bermain di fikiranku. Aku menyambar berus lagi, lalu aku alunkan mengikut komposisi akal, membentuk suatu gambaran hitam-putih yang tidak terancang dari mula aku berdiri hingga matahari terang meninggi....
| What do You Think?: |
Tuesday, February 24, 2009
Monday, December 29, 2008
Monday, December 22, 2008
Ultraman menyerang kembali.....
Hu hu hu.....akhirnya dapat gak cuti seminggu.....
Suatu pagi yang dah tinggi cahaya mentarinya, si kecil agak kehairanan melihat raksaksa besar yang masih berada disisinya. Rasanya... semua raksaksa telah dihapuskan olehnya semalam....
Tanpa berlengah lagi si kecil terus bertukar menjadi Ultraman kembali lalu melompat dan menghempas raksasa yang berada disebelahnya. Aduhhh!!!....teriak raksaksa. Sakitlahh!!!.....raksasa mengeluh dengan mata tertutup sambil kakinya cuba mencari-cari bantal peluk kegemarannya. Raksasa terasa perutnya berat seperti di hempap sesuatu....lalu membuka mata. samar-samar cahaya pagi menyilaukan kornia mata untuk mengenali objek di depannya....
Setelah 5 minit....pandangan mula jelas. Laaa....Otomen kecik rupanya. Woit!!! buat pe duduk atas perut ayah ni..... hari ni Raksasa cuti la!!!
| What do You Think?: |
Thursday, October 16, 2008
Membersih debu-debu di atas karya
Aku membawa layar yang terconteng arang dan warna ke rumah . Niat di hati ingin mengisi keriangan ruang tamu. Aku menyandarkannya di dinding dapur. Tiba-tiba aku terdengar jeritan yang kuat...aku terkejut. Mataku terbeliak sambil mata kiriku juling ke kiri melihat makanan kat atas meja. Jari jemariku menyentuh gigi gerahamku. kaki ku...kakiku dah lari dulu meninggalkan aku. hu..hu..hu..
Dalam samar-samar aku melihat kelibat datang kearahku. Ahhhhh......aku menjerit dalam hati. ha ha ha..... aku melarikan diri. aku hayun langkah seribu, seribu duaratus, seribu dua ratussatu hingga seribu duaratuslima. fuhh...penat juga. Ahh....aku masih kat sini lagi. kakiku....kakiku...tinggalkanku lagi laju....hu hu hu... Ia semakin hampir.....hampir....hampir pengsan dibuatnya. rupa-rupanya anak perempuanku datang dengan membawa berus untuk membersihkan kotoran di atas lukisanku. Ahhh....lega rasanya.......nanti bila dah besar nanti boleh jadi 'ahli konservasi' ye......
| What do You Think?: |
Wednesday, September 17, 2008
Saturday, August 30, 2008
Opening Work After Work
| What do You Think?: |
Friday, December 21, 2007
'Emty Land'
Karya bertemakan 'Emty Land' (2007)merupakan lanjutan karya siri 'Lost Land' (2006). Ia agak berbeza dengan karya aku yang sebelum ni. Imej jentera jelas digambar berlatarbelakangkan sebuah kawasan pembinaan/
pembangunan. Isu pada waktu itu adalah sebuah pembangunan yang tidak terancang. Banyak hutan2 yang digondolkan demi mendapatkan keuntungan yang memihak kepada individu tertentu sahaja. Tanah/ warisan pusaka digadai demi mendapat kemewahan sementara. Akibatnya nanti, anak cucu kita akan merempat di bumi sendiri...
*hanya 10 karya yang terhasil dari siri ini. Agak terbatas untuk aku mengutarakan idea dalam sini ini.
| What do You Think?: |
Sunday, October 21, 2007
Secret of Nature
Pada tahun 2004, aku meneruskan kesinambungan karya 'Kemelut Alam' kepada siri 'Secret of Nature'. Karya ini telah dipamerkan di Galeri Art Coloney, Star Hill KL.
Penghasilan karya yang menyentuh tentang ekspresi alam digambarkan dengan palitan warna yang menggambarkan deruan angin, lelehan warna dan liuk flora yang seakan bergetar dan melambai menyuarakan irama-irama alam.
| What do You Think?: |
Tuesday, March 13, 2007
Monday, March 12, 2007
Monday, June 12, 2006
Tuesday, January 11, 2000
Monday, January 10, 2000
Subscribe to:
Posts (Atom)



































